Monday, November 23, 2009

SIMPTOM KELABU MATA

Para trader sekelian, tanpa berlengah, mari kita bayangkan senario ini.

Pasaran tetiba aktif semasa kita mula duduk mengadap komputer. Garisan putih yang naik turun mengikut harga macam terlambung-lambung bagai bebola ikan dalam air menggelegak. Dalam keadaan macam ni, memang simtom yang paling awal nak datang ialah simtom gatal tangan. Lepas tu? Jadi, kita pun…

Memandangkan pasaran tengah aktif, rugilah kalau tak ambil kesempatan untuk trade. Jadi kita pun terus-terusan buka post. Satu demi satu. Biarpun ada post yang terapung… tergantung tak bertali..kita yakin, dengan harga yang rancak naik turun, dengan paten yang memang dah tetap dan cantik, tiap post yang dibuka pasti mengena. Kitapun check tiap pair yang popular, mana tahu ada peluang kaut untung dengan pair-pair lain juga?! GU memang pair kegemaran sekarang, tapi kalau EU pun tengah aktif, apa salahnya main EU pulak? Detik hati lagi. Dengan dua klik, satu post baru menyambung senarai post sedia ada.

Seterusnya, EJ nampak cantik. Paten pun cantik, constant saja. Kalau buka post pasti kena. Selang seminit, post EJ pula menyertai senarai post-post kita yang sedia ada. Di ketika yang syahdu ni mata masih lagi tertumpu pada carta. Bukan senang nak cari waktu-waktu yang pasaran aktif macam ni. Buka post dalam masa tiga minit dah mengena. Macam pemancing jumpa lubuk – lontar saja joran, tak lama kemudian hasil di tarik ke darat. Siapa yang takhappy? Masa berlalu tiga jam pun tak sedar.

Sambil menunggu post-post kita mengena, kita pun melayari internet. Satu post mengena, satu lagi dibuka. Satu mengena, satu lagi dibuka. Tengah syok. Kejap-kejap, ada satu dua post yang dah mula berkelip-kelip hijau. OK, selamat. Bila mengena, buka post baru.

2 jam berlalu. Ait, tengok-tengok dah ada 6 post kesemuanya. Tadi tak perasan. Free margin dah jauh berkurang. Tengok post-post lain, yang negatif semakin bertambah nilainya. Dua post dah cecah negatif seratus lebih. Baru teringat nak buat kiraan. Kita pun mula congak-congak . Kalau tiga post bertambah rugi, margin akan tergugat. Check balik post-post lain, nampak macam lambat lagi nak mengena. Pair GU makin turun. Makin lama makin berdesup turun. Kita buka BUY. Mula nak gelabah.

Memandangkan GU sedang turun, kita buka post Sell. Mana tahu, mungkin boleh kumpul dengan cara tu pula. Terfikir pula, kalau GU turn, sebentar lagi EU pun turun, detik hati kecil. Buka pulak EU sebab nampak carta pun cantik saja. Jeling pula post GU tadi. Kalau dibiar post BUY tu, alamat, lagi parah. Fikir-punya fikir, kita pun cut loss. Senang, habis cerita. (kita kata, bukan orang kata). Malangnya, tak lama kemudian, GU reverse pulak. Alamak, rugi aku dah cut loss. Detik hati kecil, tapi kita maintain cool.

Tapi market tengah aktif. EU yang dijangka turun tiba-tiba dah naik pula. Alamak, apa nak buat? Free margin makin berkurang. OK, mungkin ada lot besar yang boleh ditutup. Periksa lagi post-post kita. Wah, memang betul, ada post besar yang boleh dikurangkan lot. Post EU sell 0.5 ditutup 0.3 lot. Tinggal 0.2 lot. Free margin naik sikit. Selang 5 minit kemudian, kita lupa yang kita baru kecilkan lot tadi. Buka pulak EU sell kerana paten pada carta nampak cantik semula. Pasaran tengah aktif, pasti dapat untung. Padahal, lupa nak pandang stochastic. Bila buka, harga berada jauh dari kawasan oversold atau overbought. Alamak, dah tersilap langkah ni. Tak perasan lagi yang kita dah mula…Kelabu Mata!

Jari telunjuk makin pantas klik tetikus. Tetikus pula mula meluncur-luncur di sebelah komputer. Buat pertama kali, tetikus kita macam tikus dalam siri katun ‘Tom and Jerry’. Tak henti bergerak.

Buka tutup, tutup buka, potong lot, cut loss dan tah apa-apa lagi, kita tengok kita dah cut loss beberapa kali, dah buka dan tutup pos beberapa kali hinggakan senarai TP dalamAccount History kita yang tadinya cantik kini dah mula rongak. Lubang berselang seli dah mula bersusun-susun. Bila fikir balik, matlamat kita sekarang bukan lagi nak kaut untung, tapi dah beralih kepada nak selamatkan diri daripada kena Margin Call!

Setelah bertungkus lumus nak elak margin call (tutup buka post dan cut loss bertubi-tubi), keadaan kembali selamat bila hanya tinggal dua post masih terapung. Baki kita kembali ke jumlah asal. Kurang pun kuranglah, asalkan tak lenyap terus. Kita pun tarik nafas panjang dan buat keputusan berhenti dulu aktiviti trading untuk…5 minit!(harapnya tidaklah untuk 5 minit saja J). Akhirnya, segala usaha tungkus lumus kita membawa kita kembali ke jumlah asal sebelum memulakan sesi trading tadi! padahal, masa mula-mula trade tadi dah kumpul hampir 60 pip! Lepas tu hilang ke semuanya.)

Apapun, bagi saya, aktiviti trading di atas umpama satu pembedahan .Pakar bedah bertungkus lumus menyelamatkan nyawa pesakit (nak selamatkan baki akaun kita). Dan sampai di satu tahap, kita sebenarnya dah kelabu mata- nampak semua samar-samar. Sama macam pakar bedah nak selamatkan nyawa-nyawa ikan pesakit. Nak kaut untung pun jauh samar-samar. Bila jadi begini, bagi kebanyakan trader, Keyakinan boleh hilang. Kawalan diri boleh melayang…dan akhirnya baki akaun pun melayang. Kalau kira kes pakar bedah, nyawa pesakit tu kira dah hampir melayang…

Moga ada iktibar di sebalik kisah tadi dan moga anda dapat berwaspada dan tidak perlu melalui detik-detik getir begini.

-zue

Friday, November 13, 2009

Persamaan: Durian dan Forex


Alkisah, semasa bertungkus lumus memokah (‘mengopek’ bagi yang berasal dari utara atau mengupas bagi sesetengah orang) durian tempoh hari, terlintas dalam fikiran perihal persamaan antara forex dan durian. (Memang tak dapat dinafikan yang idea muncul adakalanya pada waktu-waktu yang tidak dijangka.)

Sambil durian dikopek, sambil kepala ligat memikir persamaan di antara mengopek durian dan berdagang forex. Cuba perhatikan yang berikut.

Pertama sekali, kepentingan menggunakan peralatan yang sesuai. Untuk durian-pisau yang digunakan perlulah berat sedikit, lebih tebal daripada pisau biasa, atau lebih mudah menggunakan parang atau pisau pemotong ayam. Perlu faham peralatan mana yang memudahkan kerja di samping tahu petua-petua lain seperti di mana nak dihentam durian tu, kat mana nak letak jari supaya tak tertusuk duri durian semasa proses memokah, dan lain-lain. Dan, kena hati-hati.

Apa pula petua memilih durian yang baik? Hijau bagaimana? Kuning bagaimana? Bau bagaimana? Dan macam-macam lagi. Perlu juga ada sedikit pengetahuan tentang durian. Durian dari mana yang sedap? Jenis-jenis durian dan harganya, isinya bagaimana-kuning emas? tebal? Manis?

Kenapa taukeh-taukeh dusun tahu jenis-jenis durian dan dapat memilih durian yang baik? Sebab ada ilmu dan pengetahuan. Taukeh dusun tentu dah bertahun-tahun melihat durian dari dekat. Segala luar dalam tentang durian diketahuinya. ‘Guru durian’ lah katakan.Dengan tangan sebelah memegang durian dan sebelah lagi memegang parang dah boleh kopak durian. Sambil lambung-lambung durian lagi J Hebat! Itu orang berpengalaman.

Agak saya, samalah juga dengan forex. Guru forex pandang carta sekali saja dah nampak patent. Amatur nampak garisan bersilang-seli, garisan berwarna -warni , dan garisan sana sini. Bagaimana nak tentukan bila nak buka post? Bagi orang yang dah berpengalaman, satu klik dengan jari telunjuk dah masuk USD20. Mana aci??!!

Dalam dagangan forex, peralatan yang sesuai juga perlu digunakan. Dan perlu faham kenapa alat berkenaan digunakan. Untuk analisis teknikal, kenapa guna moving average (harap bukan sebab orang guna, jadi kita pun guna). Kenapa perlu guna zig-zag? kalau anda belum boleh menjawab soalan ni, nampaknya kenalah hadiri kelas atau belajar sikit lagi.

Macam orang makan durian, kita pun makan. Tapi masa beli cuma harapkan keikhlasan penjual untuk memberikan buah yang cukup istimewa dan lazat. (Sama macam melabur dalam forex dengan memberi wang seguni untuk didagang. Seminggu kemudian kita dapat kulit durian balik). Selainnya tak tahu apa-apa tentang durian! Ada juga, bawa balik durian berat-berat, bila dikopak, separuhnya ‘mangkaq’ (kata orang utara) 20% tawar, 10% isi nipis, 5% dimakan ulat, yang kita makan berapa peratus? (tak dapat jawab ni kena hadiri kelas juga J

Berbalik kepada forex, kalau mahukan keuntungan yang lumayan -disamping memudahkan kerja untuk mendapatkan keuntungan tersebut- kenalah tahu sedikit sebanyak tentang analisis fundamental dan teknikalnya. Paling kurang kena tahu petunjuk mana nak diikut untuk membuka post, masa yang sesuai nak buka post dan lain-lain. Dan yang paling mudah nak trade ialah bila ada hamba Allah yang berikan teknik tertentu yang terbukti memberikan hasil lumayan (kira macam taukeh durian bagi durian terbaik dari dusunnya :) Tentulah yang terjamin kualiti!

Kesimpulannya, tanpa ilmu, pengetahun dan bimbingan, kita meletakkan diri dalam risiko mengalami kerugian kerana dalam dagangan mata wang, setiap post yang dibuka perlu berdasarkan kepada analisis kita.

Kalau melabur dalam forex, pelabur tak boleh mengharap bulat-bulat kepada kejujuran trader,

dan jika membeli durian pembeli tak boleh mengharap bulat-bulat kepada kejujuran si penjual!

-zue

Tuesday, November 10, 2009

KEPENTINGAN ILMU DALAM BERDAGANG


Berdagang mata wang memerlukan ilmu pengetahuan. Kenyataan ini ringkas dan cukup mudah difahami. Berdagang mata wang, atau lebih dikenali dengan dagangan Forex, tidak semata-mata bergantung kepada untung nasib. Sama saja seperti pekerjaan-pekerjaan lain yang diusahakan, forex memerlukan pedagangnya mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai selok belok urusniaga dan latar belakang dunia forex. Pendek kata, semakin banyak ilmu di dada dan pengalaman dalam bidang ini, maka semakin mudah serta kecil risiko urusniaganya dan maka semakin besar pula peluang untuk mengaut keuntungan.

Kenapa perlu ada ilmu? Di samping untuk mengelakkan diri daripada tercebur dalam sesuatu yang haram, iaitu mengharapkan keuntungan hanya dengan bergantung kepada nasib, ilmu yang dimiliki membolehkan pedagang berupaya membuat keputusan yang tepat. Kebolehan membuat keputusan yang tepat dan selamat adalah satu faktor penting dalam sebarang urusniaga, baik dalam jualan khidmat mahupun produk. Bagitu juga dalam dagangan forex, pedagang mesti mampu membuat keputusan berdasarkan pemerhatian dan penilaian. Tanpa ilmu yang mencukupi, keputusan yang dibuat tidak didasarkan kepada analisis dan penilaian dan ini menjadikan keputusan tersebut tidak tepat. Hasilnya, urusniaga yang dibuat boleh mengakibatkan kerugian kepada pedagang.

Pedagang juga perlu tahu sedikit sebanyak menggunakan teknik-teknik analisis teknikal dan fundamental yang digunakan dalam mengkaji dan menentukan corak pasaran. Analisis-analisis inilah yang digunakan untuk membantu membuat keputusan. Setiap satu belian atau jualan yang dibuat memerlukan pedagang membuat keputusan yang tepat dan adakalanya dalam masa yang singkat. Tentulah pedagang perlu tahu bila dan pada harga apa urusniaga belian/jualan boleh dibuat kerana keputusan yang salah akan mengakibatkan akaun pedagang menanggung kerugian. Jika pedagang tidak tahu langsung menggunakan sekurang-kurangnya salah satu analisis ini, atas dasar apakah keputusan untuk membeli dan menjual mata wang dibuat?

Di samping itu, ilmu dapat membina keyakinan diri dalam membuat keputusan. Pedagang yang kurang ilmu biasanya akan berasa resah atau runsing bila berhadapan dengan situasi –situasi berisiko. Mereka akan mula mempersoal tindakan dan keupayaan diri untuk menilai situasi. Akhirnya keputusan yang dibuat tidak tepat dan membawa kerugian.

Pengalaman pula membuahkan ilmu. Pengalaman menjadikan pedagang biasa dengan situasi yang dihadapi; dapat menangani masalah dengan tenang dan dapat mengurangkan risiko. Ilmu yang ditimba melalui pembacaan atau pengalaman adalah asas kejayaan seseorang pedagang forex. Pengalaman sahaja adalah tidak mencukupi. Pengajaran perlu diambil daripada pengalaman supaya kesilapan tidak diulang. Contohnya, jika dalam keadaan tidak bersedia anda telah membuka satu urusniaga yang merugikan, ambil pengajaran supaya perkara yang sama tidak diulang lagi. Dalam dagangan forex, kesilapan sebegini tidak mampu diulang kerana kerugian yang bakal ditanggung mungkin meninggalkan seluruh akaun licin tidak berbaki. Jadi, awas, kesilapan yang kecil jangan disangka tidak boleh membawa kesan yang besar, bilangan pip yang kecil boleh berganda menjadi jumlah yang besar jika anda tidak berhati-hati dalam membuat keputusan.

Tidak dapat dinafikan kepentingan ilmu dalam perdagangan forex. Untuk menjadi seorang pelabur dan pedagang yang bijak, bekallah diri dengan ilmu yang mencukupi. Latih diri menggunakan akaun demo yang disediakan oleh sesetengah broker. Bekalkan diri dengan ilmu di dada. Ingat, sebilangan besar pedagang forex gagal mencapai keuntungan. Hanya sebilangan kecil yang cukup berhati-hati dan bersedia mempersiapkan diri dengan bekalan ilmu di dada dan disiplin diri yang tinggi dapat mengaut keuntungan dalam dunia forex yang amat lumayan ini.


Tuesday, October 13, 2009

SIMTOM GATAL TANGAN



Di kesempatan ini ingin saya bercerita sedikit tentang simtom gatal tangan.

Simtom gatal tangan? Soal anda. Ya, simtom gatal tangan.

Bagi saya, istilah ’simtom gatal tangan’ ini sebenarnya ialah bila saya membuka post yang tak patut dibuka, dan akhirnya merugikan diri. dan istilah ini sememangnya datangnya dari penglaman saya sendiri.

Untuk adan mudah memahaminya, saya berikan contoh ini. - Hari dahpun lewat. Anda lihat post yang ada buka semuanya dah ditutup dengan keuntungan, walaupun tak banyak tapi masih ditutup dengan keuntungan di pihak anda. Mata anda dah terasa berat, tapi tiba-tiba mata anda terbuka luas kerana pergerakan harga di carta anda tiba-tiba aktif. Harga berdesup turun. Anda pun apa lagi, mula membeliakkan mata yang tadinya dah separuh tertutup. Anda tunggu seminit dua lagi. Harga masih rancak menjunam turun. Tiba-tiba, tanpa berfikir panjang andapun menekan butang “New Post” dan tiba-tiba juga ‘ting’ terpapar post baru di terminal anda.

Dua minit kemudian anda lihat post anda sudah menunjukkan keuntungan 7 pip. “Tak cukup lagi. Sikit sangat ni” fikir anda. Masuk minit ke5, post anda mula menunjukkan tanda tolak (rugi le tu). Alamak, anda mula tak sedap duduk. Anda kelip mata dua kali, post anda dah negatif 14. Apa nak buat?

Waktu yang tadinya anda dalam ketenangan dah berlalu. Anda mula gelabah. Kepala mula ligat berfikir. Harga yang tadinya berdesup-desup bergerak ke bawah dah menukar arah ke atas pula. Akhirnya post anda ‘tergantung’- keuntungan yang kecil tadi dah diganti dengan tanda tolak yang kecil dengan nombor disebelahnya yang cukup besar. Sejam anda menunggu, dan menunggu, harga tak lagi menyebelahi anda. Mahu tak mahu, anda terpaksa biarkan post anda tergantung hingga keesokkan hari dengan harapan nasib lebih menyebelahi anda esok.-

Senario inilah yang saya katakan simtom gatal tangan- maksudnya gatal tangan nak buka post baru padahal peluang untuk ‘settle’ sudah ada tadi. Gatal tangan ini sebenarnya tercetus dari sifat tamak manusia. Sudah berkali-kali saya melalui pengalaman ini dan pada pandangan saya, memang betul kata guru-guru forex yang kita perlu ada matlamat harian utk kita capai. Contohnya jika anda sasarkan USD30 sehari, maka selepas mencapai keuntungan USD30 andapun berhenti trade untuk hari itu. kalau adna sasarkan 100, selepas mencapai seratus, anda jangan lagi buka post baru. Ringkasnya, bila tiba masa yang sesuai untuk berhenti berdagang pada hari ini, berhentilah. Jangan gatal tangan nak buka post baru lagi. Mungkin disebabkan faktor2 yang anda tidak sedari, anda akan tersilap membuat pertimbangan dan keputusan anda akan memakan diri :(

Moga ada pengajaran di sebalik coretan saya kali ini.

-Zuu

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA dari KOLEJFOREX

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi, kami di KolejForex ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan, kenalan, pelawat-pelawat ke laman ini serta para pembaca majalah Potensi (yang telah sudi mengeluarkan artikel berkenaan Forex pada keluarannya yang lepas). Kami ingin memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap di pihak kami di sepanjang tempoh kewujudan kolejforex. Kami sedar, sebagai manusia, kami juga tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Dan bersempena dengan pemergian Ramadhan yang mulia ini, kami berharap semoga kita sama-sama telah dapat meningkatkan amal ibadat dan akan sama-sama juga merasai kenikmatan menyambut Aidil Fitri bersama kaum keluarga dan sahabat handai di penghujungnya nanti.

Di samping itu, pihak kolejforex juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mewar-warkan tarikh untuk kelas-kelas yang akan diadakan di akhir bulan September dan dalam bulan Oktober nanti. Jadualnya adalah seperti berikut:

Tarikh

Waktu

Tempat

Had Peserta

29/09 (Selasa)

8 mlm-12 mlm

Rawang

4

02/10 (Jumaat)

8 mlm-12 mlm

Rawang

4

06/10 (Selasa)

11 pagi – 3 ptg

Rawang

4

08/10 (Khamis)

5 ptg – 10 mlm (7-8 rehat)

Rawang

4

02/10 (Jumaat)

8 mlm-12 mlm

Rawang

4

Kadar yuran adalah RM250.00 termasuk e-book . Yuran yang dikenakan adalah amat berpatutan jika anda bandingkan dengan kursus-kursus anjuran pihak lain. Di kolejforex, kami mengutamakan kualiti dan kuantiti ilmu yang anda dapat supaya segala usaha anda dan juga kami tidak menjadi sia-sia.

Untuk setiap kelas, kami hadkan hanya kepada 4 orang kena kami yakin, jumlah pelajar yang lebih kecil akan memberi impak yang lebih besar kepada anda. Segeralah hubungi di untuk menempah tempat untuk anda. Untuk maklumat bayaran dan tempahan tempat, hubungi Fendi di 0136615025.

Akhir sekali, sekali lagi kami memohon maaf jika ada salah dan silap kami sepanjang mengendalikan laman kolejforex ini

Monday, September 14, 2009

Screen Shot dari Salah sorang STUDENT KOLEJFOREX


alhamdulillah...baru je salah sorg students kolejforex antar screen shot dia yang dia buat dalam ari ni (14sept).. quite impressive bila tgk screen shot...so far dia mmg ikut cara yang betul dalam forex..

cuba perhati cara dia kutip....sikit2 dia kumpul... alhamdulillah..

SEBAGAI SEMANGAT UTK MAIN FOREX...


Screen Shot ni..bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar memberi semangat kepada mereka-mereka yang kecundang dalam forex... saya tahu, ramai yang masih mencari-cari teknik yang sesuai untuk kita trade dalam forex ni..

sebenarnya, ada beratus-ratus teknik yang boleh kita cuba..tetapi untuk sesuai dengan cara kita trade tu la yg susah nak dapat.. mungkin setelah berbulan2, betahun-tahun mencuba teknik orang lain..masih tidak kena dengan trading style kita tu.. kita akan mula giveup dan fedup..

so..saya berharap dengan screen shot yang saya tunjuk ini dari salah satu akaun saya (akaun pasar) ni, dengan modal cuma usd1000.00 sahaja...kita boleh buat duit thru forex..cuma kita hendaklah tahu cara sahaja..


Sunday, August 23, 2009

Article Mengenai FOREX HALAL oleh KOLEJFOREX di MAJALAH POTENSI (majalah Rasmi TEKUN)


Majalah Potensi adalah Majalah Rasmi TEKUN dan merupakan jaringan keusahawanan dan kerjaya No.1 di Malaysia. Pada isu ke 13 (isu bulan ogos, 2009), mereka telah meminta agar saya menulis article mengenai KEMELUT HALAL dan HARAM Dalam FOREX.

Alhamdulillah, dengan izin Allah s.a.w, article tersebut telah dipublishkan, dan di dalam article tersebut banyak diperbincangkan mengenai isu HALAL dan HARAM di dalam FOREX. Selain dari itu, saya juga banyak menghuraikan kekeliruan di dalam FOREX, dan bagaimana dapat kita mengatasinya....

Anda bolehlah membaca article tersebut di MAJALAH POTENSI keuaran isu 13, 2009 di muka surat 34-36.

Saya akan cuba scan article tersebut dan masukkan di dalam blog ini...

thanks

Saturday, August 8, 2009

PSIKOLOGI FOREX


Kali ini ingin saya sentuh sedikit mengenai psikologi forex.

Semasa melayari internet, saya menemui beberapa artikel menarik mengenai psikologi forex. Saya rasa tajuk ini begitu penting untuk diutarakan di sini memandangkan untung rugidagangan kita banyak bergantung kepada psikologi kita semasa melakukan trading.

Semasa trading, kite perlu mengelak daripada melakukan kesilapan. Malangnya, sebagai manusia, jarang sekali kita dapat mengelak daripada melakukan kesilapan. Jadi, bagaimana? Jangan terkejut, sebenarnya, ada traders yang dapat membuka berbilang post tanpa mengalami sebarang kerugian walaupun selepas berpuluh-puluh post. Maknanya setiap post yang dibuka dapat ditutup dengan keuntungan, sama ada ditutup secara automatik atau secara manual. Kita pula bagaimana? Selepas 6 atau 12 atau 20 post, mungkin post berikutnya akan ‘tergantung’- tidak dapat ditutup kerana mengalami kerugian. Akibatnya, timbul kecelaruan dan rasa serba salah yang amat sangat; mahu ditutup, takut akan positif semula. Nak dibiar aktif, takut kerugian bertambah-tambah. Tapi akhirnya dibiarkan juga tergantung berhari-hari, berminggu-minggu, atau berbulan-bulan. Jika bernasib baik, jumlah negatif yang terkumpul tidak menjamah licin ‘margin’ yang berhari-hari dikawal dengan penuh hati-hati. Inilah akibatnya jika psikologi trading tidak dipatuhi.

Satu kesilapan yang sering membawa ‘maut’ kepada trader ialah “ikut membuta tuli” (follow blindly) . Maksud mengikut membuta tuli ialah apabila seseorang trader memasuki trade setelah data dikeluarkan tanpa mengambil kira trend. Peraturan pertama dalam berdagang matawang ialah mengikut trend. Trader perlu mengikut trend dan bukan menjadi trader pertama memasuki pasaran setelah data diumumkan. Ada trader yang asyik memikirkan kerugian yang mungkin dialami jika lewat memasuki pasaran, atau keuntungan yang dikaut oleh trader yang lebih awal memasuki pasaran setelah data dikeluarkan. Mereka lupa bahawa data seterusnya yang dikeluarkan boleh mengakibatkan arah pergerakan harga berubah.

Ada juga trader yang mengawasi carta secara dekat selepas data dikeluarkan. Apabila mereka melihat harga menjunam turun atau memecut naik, mereka terus membuka post dengan tergesa-gesa tanpa menyedari bahawa keadaan ini sebenarnya mungkin satu ‘false alarm’ . Bila disedari, mungkin sudah terlewat untuk berpatah balik. Jadi, kesimpulannya, jangan mudah terpengaruh dengan ‘false alarm’ – (petanda palsu). Tunggu sehingga trend terbentuk setelah kesemua data selesai dikeluarkan.

..bersambungbahagian 2

CARA MUDAH nak kutip dalam FOREX






ini contoh salah satu akaun live yang saya kumpul sikit2 secara scalping.....


Forex Strategi

Strategi
Secara umumnya, strategi adalah teknik-teknik yang digunakan untuk mendapatkan bacaan arah pergerakan nilai matawang dengan lebih tepat supaya post yang dibuka dapat mengutip keuntungan. Terdapat pelbagai strategi yang menggunakan perbagai teknik dan alat-alat (tools- stocastic, Fibo, dan yang seangkatan dengannya) yang berbeza. Setiap trader pasti akan mencuba strategi yang berbeza-beza bagi mencari strategi yang cukup menguntungkan dan sesuai untuk dirinya sendiri. Pendek kata, walaupun ada ribuan strategi di luar, namun ada strategi yang menjadi dan ada yang hanya mengusutkan kepala anda.
Pemilihan strategi sebenarnya bergantung kepada kesesuaiannya dengan pemahaman dan cara anda berdagang (trade). Pertamanya, pemahaman. Sekiranya anda ingin menggunakan strategi orang lain, pastikan anda faham cara ia digunakan, alat yang digunakan, bagaimana membacanya, dan yang paling penting bila masa yang sesuai untuk masuk dan keluar pasaran mengikut strategi yang digunakan. Hanya dengan mencedok strategi orang tanpa mengetahui kaedah penggunaannya yang betul pasti akan membawa kemusnahan. Pilihlah strategi yang anda rasa sesuai dengan diri anda.
Adakalanya strategi yang ringkas adalah strategi yang paling mudah untuk difahami dan paling berkesan. Walaupun carta anda kelihatan tidak secantik atau sesesak carta orang lain yang penuh dengan garisan serta tanda-tanda berwarna warni dan berbagai bentuk, usah bimbang. Jika carta anda memberikan keuntungan kepada anda, biarkan ia terus begitu.
Anda perlu memastikan yang strategi anda sesuai untuk pair matawang pilihan anda. Strategi yang sesuai untuk GBP/USD mungkin tidak sesuai untuk pair-pair lain. Ada juga pasangan matawang yang mempunyai corak carta yang hampir sama. Ini biasanya membabitkan satu matawang yang sama contohnya pair GBP/USD dan EUR/USD. Tetapi kemungkinan juga pergerakan nilai matawang GU lebih pantas dan aktif berbanding EU. Ini akan menyebabkan bacaan dan telahan strategi anda tidak sesuai untuk kedua-dua pasangan serentak. Pendek kata, pengunaan sesuatu strategi perlu diuji dengan sebaik-baiknya dan difahami dengan jelas sebelum digunakan untuk akaun sebenar anda. Gunakan akaun demo sepuas-puasnya untuk menguji strategi anda.
Akhir sekali, jika anda berhajat untuk mereka dan menggunakan strategi anda sendiri, anda boleh juga berbuat demikian. langkah ini mungkin memerlukan ketekunan dan kesabaran anda untuk mencuba berulangkali. Anda juga perlu meneliti post-post anda. Post-post yang menguntungkan dijadikan panduan untuk membuka post seterusnya. Post-post yang merugikan juga perlu diberi perhatian supaya anda tahu situasi yang bagaimana perlu dijauhi. Cubalah alat-alat yang disediakan dalam Meta4 atau platform-platform lain untuk mencari strategi yang sesuai dengan anda. Ulangi langkah-langkah yang menguntungkan. Buat catatan. Lama-kelamaan anda akan dapat membina strategi anda sendiri.
Kesimpulannya, penggunaan strategi meyakinkan status post anda. Anda juga akan lebih yakin dan sistematik dalam berdagang. Fahami strategi anda supaya anda dapat mengulangi apa yang menguntungkan dan dapat mengekalkan keuntungan yang telah dikumpul
Sekian, wallahualam.
Semoga berjaya!

FORUM KOLEJFOREX

Kunjungi FORUM KOLEJFOREX. Di sini pelbagai isu, teknik, strategi boleh dibincangkan untuk dikongsi bersama.... semoga kita semua dapat memanafaatkan segala ilmu forex yang dikongsikan di forum ini... JUMPA di SANA!!!!

Friday, August 7, 2009

Kursus Asas Forex



Kursus Asas Forex adalah kursus pengenalan khas untuk ‘beginners’ iaitu mereka yang baru ingin mengenali dan mempelajari forex di peringkat awal. Asas-asas atau pengenalan forex bertujuan memberikan pengenalan yang lebih jelas kepada ‘rupa paras’ dagangan forex.Melalui kursus ini, anda akan diberikan makluamat tentang matawang, pasaran, corak pergerakan nilai matawang, carta dan lain-lain lagi.

Disamping itu, peserta akan dibimbing sehingga ke peringkat membuka dan menguruskan akaun sendiri. Sebagai permulaan, anda akan dilatih berdagang menggunakan akaun demo sebagai langkah mempelajari teknik-teknik ‘trading’ yang betul. Peserta juga diberikan tip-tip dan bimbingan yang cukup berguna supaya mereka dapat terus menguruskan akaun sendiri sambil memaksimumkan keuntungan.

Ringkasan kandungan kursus adalah seperti berikut;

  • Pengenalan forex
  • bagaimana menjana wang dmelalui forex
  • bagaimana nak buka akaun
  • mengenali broker-broker
  • analisis teknikal dan fundamental
  • tip-tip dan teknik-teknik berkesan
Sertai kami. Bayaran kami adalah amat berpatutan. RM250 seorang. Peserta akan diberikan Buku Belajar Forex Cara Mudah & Berkesan. Tempat adalah terhad. Kami akan cuba menyusun jadual mengikut kelapangan masa anda.
Untuk mendaftar, sila hubungi FENDI di 013-2482429 atau YAHOO MESSENGER kolejforex@yahoo.com
atau Zue di 013 661 5025


KOLEJFOREX...mudah nya FOREX ...

Belajar Forex cara mudah di Kolej Forex

Ramai diantara kita masih mencari-cari 'extra income' atau pendapatan tambahan untuk menampung hidup kita dalam ekonomi dunia yang tidak stabil. Ramai yang masih mencuba pelbagai cara untuk mencari sedikit kesenangan dan keselesaan hidup. Di Kolej Forex,kami menyediakan kemudahan untuk anda mempelajari FOREX. Kami cuba menyediakan segala ilmu FOREX untuk memudahkan anda mempelajarinya secara mudah & berkesan supaya anda juga berpeluang menjana pendapatan tambahan melalui FOREX. . SERTAI KAMI!