Tuesday, October 13, 2009

SIMTOM GATAL TANGAN



Di kesempatan ini ingin saya bercerita sedikit tentang simtom gatal tangan.

Simtom gatal tangan? Soal anda. Ya, simtom gatal tangan.

Bagi saya, istilah ’simtom gatal tangan’ ini sebenarnya ialah bila saya membuka post yang tak patut dibuka, dan akhirnya merugikan diri. dan istilah ini sememangnya datangnya dari penglaman saya sendiri.

Untuk adan mudah memahaminya, saya berikan contoh ini. - Hari dahpun lewat. Anda lihat post yang ada buka semuanya dah ditutup dengan keuntungan, walaupun tak banyak tapi masih ditutup dengan keuntungan di pihak anda. Mata anda dah terasa berat, tapi tiba-tiba mata anda terbuka luas kerana pergerakan harga di carta anda tiba-tiba aktif. Harga berdesup turun. Anda pun apa lagi, mula membeliakkan mata yang tadinya dah separuh tertutup. Anda tunggu seminit dua lagi. Harga masih rancak menjunam turun. Tiba-tiba, tanpa berfikir panjang andapun menekan butang “New Post” dan tiba-tiba juga ‘ting’ terpapar post baru di terminal anda.

Dua minit kemudian anda lihat post anda sudah menunjukkan keuntungan 7 pip. “Tak cukup lagi. Sikit sangat ni” fikir anda. Masuk minit ke5, post anda mula menunjukkan tanda tolak (rugi le tu). Alamak, anda mula tak sedap duduk. Anda kelip mata dua kali, post anda dah negatif 14. Apa nak buat?

Waktu yang tadinya anda dalam ketenangan dah berlalu. Anda mula gelabah. Kepala mula ligat berfikir. Harga yang tadinya berdesup-desup bergerak ke bawah dah menukar arah ke atas pula. Akhirnya post anda ‘tergantung’- keuntungan yang kecil tadi dah diganti dengan tanda tolak yang kecil dengan nombor disebelahnya yang cukup besar. Sejam anda menunggu, dan menunggu, harga tak lagi menyebelahi anda. Mahu tak mahu, anda terpaksa biarkan post anda tergantung hingga keesokkan hari dengan harapan nasib lebih menyebelahi anda esok.-

Senario inilah yang saya katakan simtom gatal tangan- maksudnya gatal tangan nak buka post baru padahal peluang untuk ‘settle’ sudah ada tadi. Gatal tangan ini sebenarnya tercetus dari sifat tamak manusia. Sudah berkali-kali saya melalui pengalaman ini dan pada pandangan saya, memang betul kata guru-guru forex yang kita perlu ada matlamat harian utk kita capai. Contohnya jika anda sasarkan USD30 sehari, maka selepas mencapai keuntungan USD30 andapun berhenti trade untuk hari itu. kalau adna sasarkan 100, selepas mencapai seratus, anda jangan lagi buka post baru. Ringkasnya, bila tiba masa yang sesuai untuk berhenti berdagang pada hari ini, berhentilah. Jangan gatal tangan nak buka post baru lagi. Mungkin disebabkan faktor2 yang anda tidak sedari, anda akan tersilap membuat pertimbangan dan keputusan anda akan memakan diri :(

Moga ada pengajaran di sebalik coretan saya kali ini.

-Zuu

No comments:

Post a Comment