
Majalah Potensi adalah Majalah Rasmi TEKUN dan merupakan jaringan keusahawanan dan kerjaya No.1 di Malaysia. Pada isu ke 13 (isu bulan ogos, 2009), mereka telah meminta agar saya menulis article mengenai KEMELUT HALAL dan HARAM Dalam FOREX.
SELAMAT DATANG ke KOLEJ FOREX. Di Kolej Forex,kami menyediakan kemudahan untuk anda mempelajari FOREX. Kami cuba menyediakan segala ilmu FOREX untuk memudahkan anda mempelajarinya secara mudah & berkesan supaya anda juga berpeluang menjana pendapatan tambahan melalui FOREX. . SERTAI KAMI!Untuk mendaftar, sila hubungi FENDI di 013-2482429 atau YAHOO MESSENGER kolejforex@yahoo.com atau Zue di 013-6615025 http://kolejforex.com atau http://kolejforex.forumotion.com

Kali ini ingin saya sentuh sedikit mengenai psikologi forex.
Semasa melayari internet, saya menemui beberapa artikel menarik mengenai psikologi forex. Saya rasa tajuk ini begitu penting untuk diutarakan di sini memandangkan untung rugidagangan kita banyak bergantung kepada psikologi kita semasa melakukan trading.
Semasa trading, kite perlu mengelak daripada melakukan kesilapan. Malangnya, sebagai manusia, jarang sekali kita dapat mengelak daripada melakukan kesilapan. Jadi, bagaimana? Jangan terkejut, sebenarnya, ada traders yang dapat membuka berbilang post tanpa mengalami sebarang kerugian walaupun selepas berpuluh-puluh post. Maknanya setiap post yang dibuka dapat ditutup dengan keuntungan, sama ada ditutup secara automatik atau secara manual. Kita pula bagaimana? Selepas 6 atau 12 atau 20 post, mungkin post berikutnya akan ‘tergantung’- tidak dapat ditutup kerana mengalami kerugian. Akibatnya, timbul kecelaruan dan rasa serba salah yang amat sangat; mahu ditutup, takut akan positif semula. Nak dibiar aktif, takut kerugian bertambah-tambah. Tapi akhirnya dibiarkan juga tergantung berhari-hari, berminggu-minggu, atau berbulan-bulan. Jika bernasib baik, jumlah negatif yang terkumpul tidak menjamah licin ‘margin’ yang berhari-hari dikawal dengan penuh hati-hati. Inilah akibatnya jika psikologi trading tidak dipatuhi.
Satu kesilapan yang sering membawa ‘maut’ kepada trader ialah “ikut membuta tuli” (follow blindly) . Maksud mengikut membuta tuli ialah apabila seseorang trader memasuki trade setelah data dikeluarkan tanpa mengambil kira trend. Peraturan pertama dalam berdagang matawang ialah mengikut trend. Trader perlu mengikut trend dan bukan menjadi trader pertama memasuki pasaran setelah data diumumkan. Ada trader yang asyik memikirkan kerugian yang mungkin dialami jika lewat memasuki pasaran, atau keuntungan yang dikaut oleh trader yang lebih awal memasuki pasaran setelah data dikeluarkan. Mereka lupa bahawa data seterusnya yang dikeluarkan boleh mengakibatkan arah pergerakan harga berubah.
Ada juga trader yang mengawasi carta secara dekat selepas data dikeluarkan. Apabila mereka melihat harga menjunam turun atau memecut naik, mereka terus membuka post dengan tergesa-gesa tanpa menyedari bahawa keadaan ini sebenarnya mungkin satu ‘false alarm’ . Bila disedari, mungkin sudah terlewat untuk berpatah balik. Jadi, kesimpulannya, jangan mudah terpengaruh dengan ‘false alarm’ – (petanda palsu). Tunggu sehingga trend terbentuk setelah kesemua data selesai dikeluarkan.
..bersambung…bahagian 2

Kursus Asas Forex adalah kursus pengenalan khas untuk ‘beginners’ iaitu mereka yang baru ingin mengenali dan mempelajari forex di peringkat awal. Asas-asas atau pengenalan forex bertujuan memberikan pengenalan yang lebih jelas kepada ‘rupa paras’ dagangan forex.Melalui kursus ini, anda akan diberikan makluamat tentang matawang, pasaran, corak pergerakan nilai matawang, carta dan lain-lain lagi.
Disamping itu, peserta akan dibimbing sehingga ke peringkat membuka dan menguruskan akaun sendiri. Sebagai permulaan, anda akan dilatih berdagang menggunakan akaun demo sebagai langkah mempelajari teknik-teknik ‘trading’ yang betul. Peserta juga diberikan tip-tip dan bimbingan yang cukup berguna supaya mereka dapat terus menguruskan akaun sendiri sambil memaksimumkan keuntungan.
Ringkasan kandungan kursus adalah seperti berikut;