Friday, November 13, 2009

Persamaan: Durian dan Forex


Alkisah, semasa bertungkus lumus memokah (‘mengopek’ bagi yang berasal dari utara atau mengupas bagi sesetengah orang) durian tempoh hari, terlintas dalam fikiran perihal persamaan antara forex dan durian. (Memang tak dapat dinafikan yang idea muncul adakalanya pada waktu-waktu yang tidak dijangka.)

Sambil durian dikopek, sambil kepala ligat memikir persamaan di antara mengopek durian dan berdagang forex. Cuba perhatikan yang berikut.

Pertama sekali, kepentingan menggunakan peralatan yang sesuai. Untuk durian-pisau yang digunakan perlulah berat sedikit, lebih tebal daripada pisau biasa, atau lebih mudah menggunakan parang atau pisau pemotong ayam. Perlu faham peralatan mana yang memudahkan kerja di samping tahu petua-petua lain seperti di mana nak dihentam durian tu, kat mana nak letak jari supaya tak tertusuk duri durian semasa proses memokah, dan lain-lain. Dan, kena hati-hati.

Apa pula petua memilih durian yang baik? Hijau bagaimana? Kuning bagaimana? Bau bagaimana? Dan macam-macam lagi. Perlu juga ada sedikit pengetahuan tentang durian. Durian dari mana yang sedap? Jenis-jenis durian dan harganya, isinya bagaimana-kuning emas? tebal? Manis?

Kenapa taukeh-taukeh dusun tahu jenis-jenis durian dan dapat memilih durian yang baik? Sebab ada ilmu dan pengetahuan. Taukeh dusun tentu dah bertahun-tahun melihat durian dari dekat. Segala luar dalam tentang durian diketahuinya. ‘Guru durian’ lah katakan.Dengan tangan sebelah memegang durian dan sebelah lagi memegang parang dah boleh kopak durian. Sambil lambung-lambung durian lagi J Hebat! Itu orang berpengalaman.

Agak saya, samalah juga dengan forex. Guru forex pandang carta sekali saja dah nampak patent. Amatur nampak garisan bersilang-seli, garisan berwarna -warni , dan garisan sana sini. Bagaimana nak tentukan bila nak buka post? Bagi orang yang dah berpengalaman, satu klik dengan jari telunjuk dah masuk USD20. Mana aci??!!

Dalam dagangan forex, peralatan yang sesuai juga perlu digunakan. Dan perlu faham kenapa alat berkenaan digunakan. Untuk analisis teknikal, kenapa guna moving average (harap bukan sebab orang guna, jadi kita pun guna). Kenapa perlu guna zig-zag? kalau anda belum boleh menjawab soalan ni, nampaknya kenalah hadiri kelas atau belajar sikit lagi.

Macam orang makan durian, kita pun makan. Tapi masa beli cuma harapkan keikhlasan penjual untuk memberikan buah yang cukup istimewa dan lazat. (Sama macam melabur dalam forex dengan memberi wang seguni untuk didagang. Seminggu kemudian kita dapat kulit durian balik). Selainnya tak tahu apa-apa tentang durian! Ada juga, bawa balik durian berat-berat, bila dikopak, separuhnya ‘mangkaq’ (kata orang utara) 20% tawar, 10% isi nipis, 5% dimakan ulat, yang kita makan berapa peratus? (tak dapat jawab ni kena hadiri kelas juga J

Berbalik kepada forex, kalau mahukan keuntungan yang lumayan -disamping memudahkan kerja untuk mendapatkan keuntungan tersebut- kenalah tahu sedikit sebanyak tentang analisis fundamental dan teknikalnya. Paling kurang kena tahu petunjuk mana nak diikut untuk membuka post, masa yang sesuai nak buka post dan lain-lain. Dan yang paling mudah nak trade ialah bila ada hamba Allah yang berikan teknik tertentu yang terbukti memberikan hasil lumayan (kira macam taukeh durian bagi durian terbaik dari dusunnya :) Tentulah yang terjamin kualiti!

Kesimpulannya, tanpa ilmu, pengetahun dan bimbingan, kita meletakkan diri dalam risiko mengalami kerugian kerana dalam dagangan mata wang, setiap post yang dibuka perlu berdasarkan kepada analisis kita.

Kalau melabur dalam forex, pelabur tak boleh mengharap bulat-bulat kepada kejujuran trader,

dan jika membeli durian pembeli tak boleh mengharap bulat-bulat kepada kejujuran si penjual!

-zue

2 comments:

  1. Persamaan yang unik dan menarik


    http://siembah.com ==> free forex tips

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhhhhhhhhh...durian ohhh
      durian...Che Din Sg Buloh

      Delete